-->

September 09, 2013

Kegembiraan Kecil

Ayah dan dan Dila baru balik dari Medan.  Kemain seronok lagi bercerita pasal Medan. Comel tengok mak ayah bersungguh sangat macam ni.

Ayah tak habis habis dengan cerita dia buat ramai kawan Mandailing di sana. Ayah dah pandai tawar menawar harga dah dekat sana. Ayah ramai kawan kat sana. Ayah that and ayah there. Hehehehe.  Funny.

Mak pula seronok bercerita tentang barang barang yang di shopping di sana.  Macam mana perasaan dilayan dengan baik di negara orang.  Ditambah pula ceritanya yang nak beli baju untuk kita kat Pasar Ikan, Last last tutup pulak.  Tak habis habis dengan penyesalan nya sebab tak beli pape untuk kita.

Sebenarnya tak kisah pun, yang penting mak ayah selamat pergi dan pulang.  Ayah nampak sangat seronok dapat pulang tempat asal usul dia.  Seorang Mandailing, marga Siregar, dapat pergi ke Medan melihat kg halamannya adalah sesuatu yang menggembirakan untuk ayah.

Selagi mak dan ayah masih sihat, berjalan lah ke mana mana selagi mampu melangkah.

Keluarga saya bukannya berada sangat, dapat melihat kegembiraan kecil mak ayah pulang dari melancong, berkongsi cerita dan pengalaman mereka adalah kebahagiaan untuk seorang anak seperti saya.  Moga masih ada waktu dan peluang untuk mak ayah keluar melancong lagi insyallah


LIKE it of you like it ;)

1 yummy sh0utouts:

Nama saya Umi Salmah said... REPLY

lepas ni anak2 la pulak bawak parents melancong! nampaknya kena kumpul duit la kita