-->

October 29, 2013

Kerana Manisnya Gula

Hi, sempena subsidi gula ditarik ni saya nak meluahkan kekecewaan.

Tadi pergi kedai makan.  Order teh suam, dengan straw.
Air sampai dan rasa nak menghirup dengan rakusnya. Minum minum, rasa tawar. Aku kacau air dengan sudu, takut gula tak hancur. Then minum balik, still tawar. Aku hampa. Bayar makanan dan air dan tinggalkan air yang dihirup dua sedut. Aku takde mood nak minum dah.

Abang, saya tahu gula naik harga, tapi janganlah rampas kemanisan teh O suam saya.  Tak patut tau.  Kerana manisnya gula, gua badmood ni.  Natang


LIKE it of you like it ;)

October 19, 2013

Ke Broga. Ke 2

Ini kali ke 2 aku ke Broga.  First time tu aku pergi dalam tahun 2009 ke 2010 entah.  Lama, dah lama sangat. So, 2nd trip kali ni pergi dengan sepupu sepupu si Rosa ni.

Sebab dorang jarang lepak ramai ramai bersama, makanya kami cubalah curi seberapa banyak masa bersama. Pergi Broga ni diilhamkan masa last minit.  Pergi balik rumah masing masing, ambil sports shoes dan tukar baju masing masing.  Sedar sedar kami dah ada kat Broga.

Sampai, panjat.  Woiii mengah tak hengat. Peluh kemain menitis, tapi seronok. Aku suka aktiviti gini sebenarnya.  Sebab pergi weekend, macam biasalah.  Traffic menuju ke puncak Broga sedikit sesak dengan ramai orang.

Tangkap tangkap gambar, rehat rehat dan turun balik. Sebab aku suka buat benda bukan bukan, makanya aku pun follow si Rosa ni slide turun bukit instead of turun macam orang biasa.  Memula aku slide smooth je, dah smooth aku rasa seronok lak.  Sedar sedar  kaki aku macam tak cukup laju seiring dengan badan.  Sedar sedar aku tergolek macam nangka. Bahu dulu, then kepala, then golek sikit then aku bangun.

Sakit tu sakit, tapi sebenarnya kelakar. Aku gelak tak hengat time turun.  Jangan risau, benda benda camtu tak cukup thrill nak buatkan akak menangis.

Tamat cerita kami ke Broga harini. Kalau suka aktiviti berpeluh camtu, g laa try panjat Broga.  Bukan pakai duit sangat. Duit minyak g Semenyih pastu parking rm 2 kat kebun kelapa sawit tu. Asyik asyik tengok wayang, karaoke je.  Bosan gak kan?

Okay, bye.  Ni gambar.  Aku pakai apps blogger kat android nie tak leh placing gambar cecomel. Semua terkumpul kat bawah macam bangang. Gambar yang aku sorang post-hiking dengan kotoran di baju tu kelakar.  Orang belakang photobomb dengan seksinya.


LIKE it of you like it ;)

October 15, 2013

AidilAdha

Salam Aidiladha dari Sopie, suami dan anak anak.

Eh tak.  Ni post awal 5 tahun.

Untuk tahun ni,  Salam Aidiladha dari Sopie, Messi, Osborne dan Awang.

Gambar kucing kucing tiada.  Ada gambar tuan tuan je.  Bye


LIKE it of you like it ;)

October 04, 2013

Sofie 'Busy Gila' Azwa

Hi.  Sesungguhnya saya penat.  Penat bekerja.  Ingat jadi buruh kasar je ke penat? Jadi banker pun penat.  Betul.  Tak tipu.

Lepas raya haritu application credit card dengan personal loan mencurah curah macam tak tahu nak stop. Lepas tu kena cover application side SG lagi.  Makanya berkhemah lah saya dari pagi ke malam di ofis tu.

Selalunya ot macam tu on weekdays je.  Tetiba kena extend kerja sampai hari Sabtu.  Sabtu, okay laa lagi.  Tetiba kena extend sampai Ahad lagi.  Hahahahahaha ah.  I've worked for 12 days without any off day.  I may continue doing so this weekend.

I don't actually blame my boss but me. My boss did not force us to go to work everyday.  She does make it compulsory but then if you really can't go, she's okay with it. But I really having trouble saying No especially when she gives me personal email asking about my availability on weekends.

We'll, money is good but then life is quite a mess.  I don't go for my driving class.  I have a pile of laundry waiting to be wash.  And I am kind of tired too.  But it'll try to help as much as I can until my body can't take it anymore. However health is still my priority.

Anyway, i am Sofie busy sangat Azwa, blogging on my bed at 9.55pm.  There goes my time with my precious blog.


LIKE it of you like it ;)