Ini kali ke 2 aku ke Broga. First time tu aku pergi dalam tahun 2009 ke 2010 entah. Lama, dah lama sangat. So, 2nd trip kali ni pergi dengan sepupu sepupu si Rosa ni.
Sebab dorang jarang lepak ramai ramai bersama, makanya kami cubalah curi seberapa banyak masa bersama. Pergi Broga ni diilhamkan masa last minit. Pergi balik rumah masing masing, ambil sports shoes dan tukar baju masing masing. Sedar sedar kami dah ada kat Broga.
Sampai, panjat. Woiii mengah tak hengat. Peluh kemain menitis, tapi seronok. Aku suka aktiviti gini sebenarnya. Sebab pergi weekend, macam biasalah. Traffic menuju ke puncak Broga sedikit sesak dengan ramai orang.
Tangkap tangkap gambar, rehat rehat dan turun balik. Sebab aku suka buat benda bukan bukan, makanya aku pun follow si Rosa ni slide turun bukit instead of turun macam orang biasa. Memula aku slide smooth je, dah smooth aku rasa seronok lak. Sedar sedar kaki aku macam tak cukup laju seiring dengan badan. Sedar sedar aku tergolek macam nangka. Bahu dulu, then kepala, then golek sikit then aku bangun.
Sakit tu sakit, tapi sebenarnya kelakar. Aku gelak tak hengat time turun. Jangan risau, benda benda camtu tak cukup thrill nak buatkan akak menangis.
Tamat cerita kami ke Broga harini. Kalau suka aktiviti berpeluh camtu, g laa try panjat Broga. Bukan pakai duit sangat. Duit minyak g Semenyih pastu parking rm 2 kat kebun kelapa sawit tu. Asyik asyik tengok wayang, karaoke je. Bosan gak kan?
Okay, bye. Ni gambar. Aku pakai apps blogger kat android nie tak leh placing gambar cecomel. Semua terkumpul kat bawah macam bangang. Gambar yang aku sorang post-hiking dengan kotoran di baju tu kelakar. Orang belakang photobomb dengan seksinya.
LIKE it of you like it ;)
0 yummy sh0utouts:
Post a Comment