-->

November 12, 2013

Laksa Penang Sedap kononnya

Teringin nak makan laksa dari haritu. Pergi kedai makan tanya ada buat laksa ke tak. Bila takde,hampa pulak. Sehinggalah harini.

Jalan jalan di pasar malam mencari makanan. Bila dah buntu tak tahu nak makan apa tiba tiba nampak signboard

Laksa Penang Sedap RM2.80.

Mula mula skeptikal gak nak pergi beli. Aku ni bukan apa,kalau nak makan makanan favorite,aku prefer makan dari sumber yang konfirm sedap. Kalau tak sedap nanti,aku kecewa teruk.

Sebab mengidam,aku pergilah beli jugak dengan harapan setinggi gunung. Sampai rumah bergegas aku cari mangkuk,bila tuang kuah tu,aku nampak dah kuah tu ceroi semacam je. Macam tak cukup isi ikan.

Tepat telahan aku,isi ikan tak cukup,pedas tak cukup,masam tak cukup. Apa ini? Ini bukan laksa. Phuii. Aku makan tak sampai sepuluh suap then aku tinggalkan. Ye,aku kecewa teruk

Sembang pasal makanan favorite,laksa ni favorite tapi aku boleh makan banyak laksa. Makcik aku buat ke,mak orang lain buat ke,aku makan je. Asalkan sedap.

Tapi bila gulai tempoyak aku tak boleh. Gulai tempoyak yang mak aku masak, mak angkat aku kat temerloh,dengan makcik aku sorang je aku makan. Masak kedai ke,mak orang lain masak ke. Deme masak sedap mana pun aku malas nak amek. Aku bukan apa,3 orang atas tu dah masak sedap,aku taknak rosakkan kenangan makan gulai tempoyak yang sedap. Tiba tiba aku makan kat kedai dapat rasa hambar gitu,kecewa gak aku gulai tempoyak boleh jadi tak sedap.

Tu sebab kawan kawan aku tak caye aku gemar gulai tempoyak sebab deme tak pernah nampak aku makan gulai ni. Tapi ni lah penerangannya. Siapa tak caye jemputlah dtg rumah time mak aku masak tempoyak ikan patin. Tengok camne pelahapnya aku

Jauhnya menyimpang. K lah. Eh,aku tak puas hati lagi ni dengan laksa tak sedap tu. phuii


LIKE it of you like it ;)

2 yummy sh0utouts:

Nama saya Umi Salmah said... REPLY

tempoyak ZAH ke?>
hahaha

Korean Style Online said... REPLY

Hi..You really have a nice blog.. keep up a good work..feel free come to my blog  korean fashion online | korean fashion online malaysia have a nice day...