-->

September 03, 2014

Ke Melaka Ke Kita

Hari cuti merdeka tu kami ke melaka. Dengan niat mencari asam pedas yang power boleh membuatkan diri teringat ingat. 


Bertolak dari Bangi waktu tengahari. Jalan jam nauzubillah dari Bangi ke Nilai. Orang berpusu pusu keluar di exit PD. Punca kesesakan lalulintas adalah kerana orang yang dok KL mcam saya dah bosan dengan KL,semua nak pergi bercuti negeri lain. 

Sesampai di Melaka pukul 2 lebih terus kami menuju ke Cendol dan Ais Kacang Jam Besar untuk membasahkan tekak. Before tu dah pusing cari asam pedas kat Perigi Hang Li Poh. Malangnya kedai Asam Pedas Power Abang Piee bukak waktu malam je. Last last makan pisang goreng dan cempedak je lah.



Selesai makan kami pun pusing pusing Melaka sambil selfie selagi mahu. Mula mula kami ke Menara Taming Sari. Adult fee is RM 15. Lepastu dia bagi bungkusan berisi biskut dan air kotak. Free gift barang kali. Tunngu punya tunggu akhirnya kami dapat naik ke Taming Sari,dapat tengok bandar Melaka dan turun ke paras yang normal.


Lepas Taming Sari kami pergi jalan jalan tangkap gambar lagi. Sampai ke satu tempat ada basikal kayuh sambil baring. Kemain excited nak try main gak. RM 10 untuk ride 5 minit. Rasa macam mahal kan, tapi bila lagi nak mencuba benda baru. Kayuhlah laju laju baru rasa berpeluh,berbaloi naik


Seterusnya trip diteruskan ke Dataran Pahlawan Mall. Pergi makan A&W. Cempedak dan pisang goreng gagal memberikan kekenyangan sempurna pada perut comel kami. Sempatlah beli sehelai dua tracksuit gak sebab Al Ikhsan buat sale.


Dah malam baru lapar balik dan menuju ke Kedai Asam Pedas Power Abang Piee. Ramainya orang,tapi sikitnya meja. Kami sampai dalam 11 lebih tapi sebab kekurangan meja kenalah berdiri dalam 20 minit. Lepas tunggu meja kena pilih ikan dan menu untuk dimasak. Adalah dalam 30 ke 40 minit menunggu. Lepastu baru makanan sampai

Diharapkan anda mempunyai kesabaran yang tinggi kalau nak makan asam pedas di sini. Tapi kan., Asam pedas nya memang sedap berbaloi baloi. Asam pedas penuh rasa rempah,rasa macam kari sikit. Tapi bukan kari. Haa,pergilah try sendiri. 

Selesai misi asam pedas,kami pun pulang. Driver : Sesopie. Orang-tak-teman-orang-lain-drive-tidur-sepanjang-perjalanan : Rosaini. Sebenarnya diri sendiri pun mengantuk time tu tapi sebabkan nak sampai rumah cepat sanggup gak drive. Tips menghilangkan mengantuk,cubit pipi,tekan tekan mata,melalak lagu Linkin PArk sekuat hati. Alhamdulillah sampai KL dengan selamat



Gambar makanan takde. Bila jumpa makanan,otak kata gambar,perut kata makanan

LIKE it of you like it ;)